Watak dan perwatakan Oh_My_English!_(musim_ke-2)

Bagi musim kedua ini, si kembar, Faiz dan Faiza, telah berpindah ke sekolah lain kerana bapa mereka telah ditukarkan ke tempat lain. Bagaimanapun sebanyak empat watak baru yang diperkenalkan. Watak tersebut terdiri daripada dua orang guru dan dua orang murid.

1. Tiz Zaqyah sebagai Cikgu Ayu
Cikgu Ayu merupakan seorang guru Bahasa Melayu dari Terengganu. Beliau merupakan seorang yang baik hati dan mempunyai loghat Terengganu yang sangat kuat. Murid 3 Merah sangka bahawa Cikgu Ayu mempunyai 3G. Beliau amat cantik dan sukakan Mr. Middleton. Beliau mengajar Bahasa Malaysia dan tidak dapat bertutur Bahasa Inggeris dengan lancar pada mulanya, namun Mr. Middleton membantu Cikgu Ayu memperbaiki Bahasa Inggerisnya. Beliau juga pandai menyanyi.

2. Aaron Aziz sebagai Cikgu Malik
Cikgu Malik merupakan seorang guru Pendidikan Jasmani dan mengetuai pasukan bola sepak. Beliau sangat kuat dan tegas dan dikatakan agak melucukan. Beliau juga suka membawa novel cinta.

3. Syafie Naswip sebagai Azlan bin Azroi
Azlan merupakan seorang murid baru yang tidak pernah bergaul dengan sesiapa. Beliau sering membuli murid lain dan berpura-pura baik depan guru. Beliau mula berkomunikasi dengan Mr Middleton pada penghujung Program Mentor. Beliau juga sukakan motosikal dan bercita-cita untuk menjadi seorang pensyair.

4. Iezahdiyana sebagai Nurul Farhani
Hani merupakan seorang murid baru yang yakin dengan Bahasa Inggeris. Beliau seorang yang berani dan bersikap positif.